Wanita dan osteoporosis

By | October 16, 2018

 

Image result for wanita dan osteoporosi

Selain risiko kanser khusus seperti kanser payudara, kanser pangkal rahim dan kanser ovari yang dihadapi wanita, masalah kesihatan tulang wanita kini makin membimbangkan.

Wanita bukan sahaja mempunyai ketumpatan tulang lebih rendah berbanding lelaki, malahan menghadapi risiko tulang rapuh lebih tinggi selepas menopaus.

Badan manusia mempunyai 206 tulang yang membentuk sistem kerangka dalaman untuk melindungi, menyokong dan mengekalkan bentuk serta pergerakan badan.

Sistem kerangka ini juga menyimpan 99 peratus bekalan kalsium badan, menjadikannya jauh lebih keras berbanding struktur badan lain.

Komposisi tulang terdiri daripada:

* 10 peratus matriks protein fleksibel

* 65 peratus mineral tidak larut seperti kalsium dan fosforus

* 25 peratus air

* sebilangan kecil garam mineral sampingan seperti magnesium, sodium dan bikarbonat.

Tulang adalah struktur hidup dan memerlukan tenaga (makanan) berterusan untuk mengekalkan bentuk dan fungsinya.

Tulang juga mempunyai dua lapisan iaitu lapisan luar yang keras dan kuat (corticol) dan bahagian dalam yang lembut (trabecular).

Tulang tidak dibina dengan hanya satu bentuk kerana tulang yang keras dan padat sepenuhnya akan menjadikannya terlalu berat seterusnya menghalang pergerakan badan yang lancar.

Dua struktur (lembut dan keras) ini menjadikan kerangka badan yang cukup keras untuk melindung dan menyokong tetapi cukup ringan untuk memudahkan pergerakan.

 

 

Image result for wanita dan osteoporosis

Osteoporosis adalah antara penyakit tulang yang paling banyak berlaku kini, terutamanya kepada wanita.

Secara terus, osteoporosis bermakna ‘tulang banyak liang’ dan berlaku apabila tulang corticol menjadi nipis

dan rapuh sementara keutuhan struktur tulang trabecular turut terjejas.

Masalah tulang ini juga tidak mempunyai simptom khusus memandangkan kehilangan ketumpatan dan kualiti tulang berlaku secara berperingkat dan tidak menyebabkan kesakitan kepada penghidap.

 

Biasanya, osteoporosis dikesan apabila keretakan tulang berlaku walaupun penghidap hanya mengalami hentakan yang lemah pada tulang berkenaan.

Dianggarkan sehingga 1.6 juta keretakan akibat osteoporosis berlaku setiap tahun.

Hampir 25 peratus daripada pesakit keretakan pinggul meninggal dunia dalam tempoh satu tahun sementara kira-kira 50 peratus pesakit akan hilang upaya kekal.

Related image

Faktor risiko berlakunya osteoporosis boleh dibahagikan kepada dua iaitu faktor boleh ubah dan tidak boleh ubah.

Risiko tidak boleh ubah : –

Jantina, sejarah keluarga dengan osteoporosis (genetik), kurus atau mempunyai struktur kerangka kecil.

Kira-kira 80 peratus wanita dianggarkan akan mempunyai masalah tulang rapuh terutamanya selepas menopaus.

Golongan wanita boleh kehilangan sehingga 20 peratus ketumpatan asal tulang mereka hanya selepas lima hingga tujuh tahun menopaus.

Wanita yang menopaus lebih awal (sebelum umur 45 tahun) atau telah menjalani pembedahan membuang keseluruhan uterus juga menghadapi risiko osteoporosis yang lebih tinggi

Sesetengah wanita boleh hilang sehingga satu pertiga (33 peratus) struktur tulang mereka menjelang usia 75 tahun.

Golongan lelaki yang mempunyai 30 peratus lebih banyak ketumpatan tulang hanya akan kehilangan sekitar 15 peratus struktur tulang mereka menjelang usia 75 tahun.

 

Risiko boleh ubah pula melibatkan faktor merokok, tidak banyak bergerak, nutrien tulang yang cukup, pengambilan alkohol dan juga kafein.

Jumlah pengambilan kafein, alkohol dan merokok menentukan tahap peningkatan risiko masalah tulang dalam jangka panjang.

 

Image result for how to help stop osteoporosis

 

Osteoporosis masih boleh dielakkan dengan cara :-

 

Menjaga dan mengekalkan kesihatan  tulang .

Tulang ialah tisu hidup yang bertindak menerusi senaman dan pemakanan untuk menjadi lebih kuat.

Otot akan menjadi lebih besar dan kuat apabila sering menggunakannya, begitu juga dengan tulang. Tulang akan menjadi lebih kuat dan padat apabila kita memastikan ia bekerja dan membekalkan nutrien yang betul.

Bagi tulang, ‘bekerja’ bermakna mengendali impak, berat badan atau lebih banyak rintangan.

 

Terdapat dua jenis senaman yang penting untuk membina dan mengekalkan ketumpatan tulang iaitu senaman bebanan dan latihan pengukuhan otot iaitu:-

 

Senaman bebanan

Senaman ini merangkumi aktiviti yang membuatkan anda bergerak menentang graviti ketika berdiri tegak.

Senaman bebanan terbahagi kepada dua jenis iaitu berimpak tinggi dan rendah.

 

Related image

Senaman bebanan berimpak tinggi membantu membina tulang dan mengekalkan kekuatannya.

Contoh senaman bebanan berimpak tinggi seperti menari, aerobik berimpak tinggi, mendaki, joging atau berlari, melompat  tali, menaiki tangga dan bermain tenis.

 

Related image

Senaman bebanan berimpak rendah juga boleh membantu memastikan kekuatan tulang dan lebih selamat bagi mereka yang tidak boleh melakukan senaman berimpak tinggi.

Sekiranya anda tidak boleh melakukan aktiviti senaman bebanan berimpak tinggi, cuba lakukan dengan menggunakan mesin latihan elips, membuat aerobik impak rendah, menggunakan mesin memijak tangga dan berjalan pantas di atas treadmill atau di luar.

 

 

Pengambilan makanan yang sihat juga membantu mengurangkan osteoporosis.

 

Image result for pemakanan elak osteoporosis

Ramai mengetahui kalsium dan vitamin D sangat penting untuk pembinaan tulang yang kuat.

Tetapi kebanyakan orang tidak mengetahui bahawa kita kehilangan kalsium setiap hari apabila berpeluh atau pergi ke tandas.

Bagaimanapun, badan tidak dapat menghasilkan kalsium. Justeru, penting bagi kita membekalkan nutrisi kepada tulang.

Antara sumber baik kalsium ialah makanan daripada kalsium tinggi seperti susu dan hasil tenusu, beberapa jenis sayur-sayuran hijau dan ikan.

Hasil tenusu ialah susu rendah lemak yang mengandungi kalsium tinggi seperti Anlene, yogurt dan keju.

Sekiranya anda suka jenis makanan ini, ia antara cara mudah memperoleh kalsium yang mencukupi untuk kesihatan tulang.

Penting untuk mendapatkan kalsium yang secukupnya daripada makanan yang anda makan. Apabila makanan tidak mengandungi kalsium secukupnya untuk keperluan badan, kalsium akan diambil daripada tulang anda.

Ikan sardin dan salmon (dengan tulang) dalam tin adalah antara cara yang baik untuk mendapatkan kalsium. Anda juga boleh mendapat kalsium dengan mengambil udang dalam tin.

Selain itu, ikan berlemak seperti salmon, kembung, tuna dan sardin juga adalah sumber untuk mendapatkan vitamin D.

 

Beberapa kajian mengaitkan pengambilan buah dan sayur yang banyak dapat memberikan kesihatan kepada tulang mereka dengan lebih baik.

Disebabkan sumber buah dan sayur menggalakkan tulang yang sihat masih belum jelas, sesetengah saintis percaya ia sebenarnya mengandungi nutrien tertentu yang penting untuk tulang.

 

Bagi membantu mengekalkan kesihatan tulang, kurangkan pengambilan minuman beralkohol dan mengandungi kafein. Pengambilan minuman beralkohol yang banyak boleh mengakibatkan kehilangan jisim tulang.

Mereka yang minum terlalu banyak alkohol tidak mendapat kalsium secukupnya dan kemungkinan akan mengurangkan bekalan kalsium dalam badan.

Kopi dan teh juga mengandungi kafein. Kafein akan mengurangkan sedikit penyerapan kalsium. Justeru, pengambilannya lebih daripada tiga cawan kopi setiap hari boleh membahayakan kesihatan tulang.

Sekiranya anda gemar minum kopi dan teh, cara untuk membantu menggantikan semula kehilangan kalsium adalah dengan mendapatkan kalsium secukupnya daripada sumber terbaik bagi memenuhi keperluan badan.

 

Selain daripada pemakanan pengambilan vitamin Kalsium juga boleh membantu dalam mengurangkan risiko osteoporosis.

pemilihan vitamin yang baik menjamin kesihatan tulang.

Osteomatrik merupakan kalsium terbaik yang dikeluarkan oleh Syarikat Shaklee.

kandungan yang terdapat pada Osteomatrik melengkapkan keperluan Kalsium pada tulang.

Jadi kenapa perlu risau Osteomatrik kan ada …Say no to Osteoporosis…

 

Image result for osteomatrix shaklee

 

Hubungi Kak Tim jika nak dapatkan Osteomatrik

Pengedar Shaklee Ipoh (COD)

Pengedar Shaklee Satu Malaysia ( Online Delivery )

www.wasap,my/60125197428

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge