kepentingan memilih barangan penjagaan bayi yang selamat dan bebas kimia.

By | November 2, 2017

PENTINGNYA MEMILIH BARANGAN PENJAGAAN  BAYI YANG SELAMAT DAN BEBAS KIMIA

Image result for shaklee baby care product image

Sistem badan bayi yang baru lahir masih belum matang dan sangat sensitif. Jika kita lihat pada masa kini, ramai bayi dan kanak-kanak mengalami masalah kulit, iritasi dan pelbagai penyakit lain. Salah satu punca yang menjadi penyebab perkara ini berlaku adalah daripada penggunaan barangan penjagaan diri bayi yang mengandungi bahan kimia berbahaya.

Kulit manusia ibarat span yang boleh menyerap bahan-bahan kimia masuk ke dalam kulit. Terdapat pelbagai bahan kimia yang terkandung dalam produk penjagaan diri dewasa dan juga bayi. Sekiranya bayi didedahkan dengan produk penjagaan diri yang

mengandungi bahan kimia berbahaya, ianya akan mendatangkan kesan negatif kepada bayi.

Maka, adalah penting untuk ibu bapa mengetahui tips memilih syampu, sabun, losyen, krim, dan bahan penjagaan diri yang sesuai serta selamat untuk bayi.

TIPS MEMILIH SYAMPU, SABUN, LOSYEN & KRIM BAYI. JAUHI 6 BAHAN INI!

Berikut merupakan antara 6 daripada bahan kimia yang perlu dielakkan ketika memilih barangan penjagaan diri untuk bayi:-

  1. Produk yang mempunyai bauan

Bauan yang segar dan wangi pada barangan penjagaan diri bayi pasti digemari oleh sesiapa sahaja yang menghidunya. Walau bagaimanapun, ‘fragrance’ atau bahan pewangi kimia yang digunakan dalam pembuatan barangan penjagaan diri bayi ini boleh menyebabkan iritasi, alergi atau ekzema kepada bayi.

Jika ibu bapa mahu memandikan bayi dengan sabun, pilih mandian yang menggunakan bahan pewangi semulajadi seperti ‘essential oil’ sebagai alternatif.

2. Produk yang mengandungi  paraben

Paraben merupakan sejenis bahan pengawet yang berfungsi untuk meningkatkan jangka hayat sesuatu produk penjagaan diri, kosmetik dan juga ubatan.

Walau bagaimanapun, produk penjagaan diri yang mengandungi paraben adalah berbahaya untuk bayi kerana mengganggu sistem endokrin yang berkait rapat dengan hormon badan di mana ianya boleh menyebabkan keradangan kulit, baligh awal dan juga kemandulan. Oleh itu, pastikan kita memilih produk penjagaan diri bayi yang bebas paraben untuk anak kita.

3. Talc

Talc merupakan bahan utama dalam pembuatan bedak talkum bayi. Walaupun kini semakin banyak produk penjagaan bayi yang ditulis ‘talc free’ tetapi bagaimana pula dengan produk bedak talkum untuk bayi ini?

Pada kebiasaannya, bayi akan disapu dengan bedak sejurus selepas mandi supaya bayi sentiasa berbau segar dan wangi. Walau bagaimanapun, menurut Dr. Jennifer Lowry, Pakar Kanak-Kanak di Kansas City, Missouri menasihatkan ibu bapa agar tidak menggunakan bedak talkum ini untuk bayi kerana dikhuatiri boleh memberikan kesan terhadap sistem pernafasan bayi terutamanya bagi bayi yang mempunyai masalah dengan sistem pernafasan.

4. ‘MINERAL OIL’

‘Mineral oil’ atau minyak mineral bertindak menutupi kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit. Walau bagaimanapun, bahan ini ibarat ‘plastic wrap’ yang boleh menghalang dan mengganggu proses perkumuhan melalui kulit iaitu berpeluh.

Ibu bapa dicadangkan untuk menggunakan minyak zaitun atau minyak kelapa sebagai losyen atau syampu bagi membuang kerak di kepala bayi

5. TRICLOSAN

Pada kebiasaannya, barangan penjagaan diri yang mempunyai label anti bakteria mengandungi triclosan yang bertindak sebagai bahan pembunuh bakteria. Walau bagaimanapun, bahan ini berbahaya untuk bayi kerana berisiko menggangg hormon dalam badan. Ianya juga boleh menyebabkan kulit kering atau iritasi pada kulit.

Bayi seharusnya membina daya tahan tubuh dan imuniti mereka sendiri. Namun, ianya mungkin sukar berlaku sekiranya ibu bapa menggunakan barangan penjagaan diri dengan label anti bakteria ini untuk bayi. Ini kerana, bahan kimia triclosan yang digunakan dalam pembuatannya turut membunuh bakteria baik di sekeliling bayi dan menyebabkan mereka kurang pendedahan kepada bakteria buruk dalam proses meningkatkan sistem imun badan.

6. PROPLYENE GLYCOL

Proplyene glycol merupakan bahan kimia yang bertindak membuka liang roma bagi meningkatkan kadar penyerapan bahan kimia lain ke dalam tubuh badan. Ianya juga berisiko mendatangkan iritasi pada kulit bayi yang sensitif.

Lihat juga bahan kimia dengan nama polyethylene glycol (PEG) dan polypropylene glycol (PPG) pada label dan elakkan membeli barangan penjagaan diri yang mengandungi bahan kimia berbahaya ini demi kesihatan bayi yang kita sayangi.

PILIH BARANG PENJAGAAN BAYI YANG SELAMAT

Dalam usaha menjaga kesihatan anak-anak yang kita cintai, pilihlah jenama barangan penjagaan diri bayi yang selamat tidak kira sama ada ianya adalah produk sedia ada di pasaran atau produk ‘homemade’. Sentiasa semak kandungan barangan tersebut dengan teliti bagi memastikan sumber penghasilan barangan tersebut adalah selamat untuk bayi serta bebas daripada bahan kimia berbahaya sebelum membuat pembelian di kedai atau secara atas talian (online).

Terdapat beberapa jenama barangan penjagaan diri bayi yang dihasilkan daripada sumber bahan semulajadi serta tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Buat pilihan yang tepat dalam membeli syampu, sabun, losyen, krim bayi, dan pelbagai lagi barangan penjagaan diri bayi. Utamakan kesihatan anak kita, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati

Berita baik untuk semua ibu bapa yang prihatin insyaallah November 2017  shaklee akan mengeluarkan 3 jenis set jagaan bayi yang terbukti selamat dan bebas kimia iaitu:-

 

Image result for shaklee baby care product image

 

1. Shakleebaby Gentle Wash

Shakleebaby Gentle Wash

Shakleebaby Gentle Wash

Dibuat dengan 76% bahan organik, termasuk lavender dan chamomile, dengan pH seimbang dan telah diuji sensitiviti. Produk jagaan bayi mungkin biasanya ada mengandungi 1,4-dioxance tetapi tidak dalam semua produk ShakleeBaby. Shaklee hanya menggunakan bahan yang selamat dan suci untuk bayi.

2. Shakleebaby Soothing Lotion

Shakleebaby Soothing Lotion

Shakleebaby Soothing Lotion

Oleh kerana bayi baru lahir mempunyai nisbah permukaan kulit yang lebih besar kepada berat badan, tubuh mereka menyerap dan kehilangan air dengan cepat. Ini boleh menyebabkan kulit bayi anda menjadi kering.

Diperbuat daripada minyak biji bunga matahari organik dan mentega shea melembapkan, dan lavender organik dan chamomile melegakan. Ia adalah satu botol yang penuh dengan alasan yang lebih banyak untuk memeluk.

3. Shakleebaby Massage Oil

Shakleebaby Massage Oil

Shakleebaby Massage Oil

Campuran organik yang sangat lembut ini sempurna untuk mengurut bayi anda pada bila-bila masa atau pelembab selepas mandi. Dengan minyak bunga matahari organik, lavender, dan chamomile untuk melembapkan dan melegakan.

Ciri-ciri produk ShakleeBaby

Ciri-ciri istimewa semua produk ShakleeBaby adalah seperti berikut:

  • 100% semulajadi
  • 73% bahan organik
  • Telah diuji oleh pakar kanak-kanak
  • Telah diuji secara klinikal
  • Tanpa iritasi, formula tidak memedihkan mata
  • Diuji sensitiviti
  • pH yang seimbang
  • Hypoallergenic
  • Tanpa parabens atau SLS (sodium lauryl sulfate)
  • Tanpa 1,4-dioxane or formaldehyde
  • Tanpa pewarna tiruan
  • Tanpa bahan wangian tambahan

Hasil kajian klinikal produk ShakleeBaby:

Seperti dalam ciri-ciri diatas, telah disebut produk ShakleeBaby telah diuji secara klinikal. Berikut adalah hasil kajian tersebut:

  • 98% bersetuju bahawa Gentle Wash membersih dengan baik dan dibilas sepenuhnya
  • 98% bersetuju ShakleeBaby Soothing Lotion digunakan dengan mudah untuk kulit
  • 91% bersetuju ShakleeBaby Lotion adalah nongreasy
  • 100% bersetuju bahawa Shakleebaby Massage Oild digunakan dengan mudah kepada kulit

Dan paling penting, pakar kanak-kanak atau pediatricians telah pun menguji produk ini dan telah lulus. Pakar pun dah lulus, jadi kita tak perlu ragu-ragu lagi kan. Lagipun Shaklee memang memiliki kredibiliti dan dipercayai sangat menjaga mutu dan standard produk.

“Berikan yang terbaik kepada anak – anak kita mereka sihat keluarga bahagia “

 

Hubungi kak tim untuk dapatkan set jagaan bayi kesayangan anda 

Pengedar sah shaklee Ipoh Perak

SID 1229987

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge