Lokasi Pelancongan Menarik Di Ipoh

By | August 14, 2017

Assalammualaikum…

kak tim nak kongsi kenapa kak tim memilih Ipoh sebagai lokasi penempatan yang tetap walaupun ramai yang kata bandaraya Ipoh ni bandar mati ye la malam – malam shopping mall pukul 10 dah tutup. Tapi jangan tak tau yer banyak dah tempat menarik yang terdapat kat Ipoh la ni.

Kenapa kak tim mememilih Ipoh sebagai penempatan  tetap…

Bandaraya ipoh merupakan Ibu negeri bagi negeri perak . Sebuah bandaraya yang pesat membangun dan mempunyai pelbagai kemudahan dan mempunyai pelbagai tempat menarik yang boleh di kunjungi.

Di Bandaraya ini juga terdapat stokis Shaklee yang mudah dikunjungi yang terletak di area Medan Istana lebih kurang 30 minit dari rumah Kak Tim . Jaraknya yang tidak terlalu jauh memudahkan  kak  Tim  mendapatkan stok vitamin shaklee. Layanan dari pekerja yang cepat dan mesra memudahkan Kak Tim dalam urusan pembelian vitamin dan sentiasa mempunyai stok vitamin yang Kak Tim perlukan.

Lokasi Pelancongan Menarik Di Ipoh

Antara tempat – tempat menarik yang terdapat di Ipoh adalah

  1. Taman Tema Air “lost world of Tambun”

Merupakan tempat mandi manda yang terbesar di negeri perak  terdapat pelbagai aktiviti yang menarik boleh dilakukan disini amat sesuai untuk percutian  masa hujung minggu dan cuti sekolah.

Disamping mandi manda  terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini antaranya memberi makan kepada binatang – binatang yang terdapat di petting zoo. terdapat pelbagai jenis binatang peliharaan yang jinak di petting zoo Lost Word of Tambun.  Anak  – anak  kak tim memang enjoy bila bercuti kesini berbaloi dengan harga tiket yang ditetapkan.

 

 

 

 

 

2. Taman tema animasi Movie Animation Park Studio (MAPS)

Merupakan taman tema animasi yang baru dibuka pada 27 June 2017  ala – ala legoland dan universal studio terdapat pelbagai watak cartoon  di taman tema ni mesti anak – anak kecil akan suka .

Dikatakan, akan ada pertunjukan lagak ngeri kereta dan banyak lagi yang direka untuk tontonan seisi keluarga dan semua peringkat umur. Terdapat juga pelbagai jenis makanan dan minuman yang bertemakan filem animasi popular dan kedai-kedai di seluruh kawasan seluas 52 ekar itu.

Movie Animation Park Studio (MAPS) menampilkan lebih 40 Rides termasuk zon DreamWorks Animation yang menempatkan watak-watak animasi popular seperti Mr Peabody dan Sherman, The Croods, Megamind dan Casper the Friendly ghost. Selain daripada watak-watak animasi dari DreamWorks, animasi kegemaran tempatan, BoBoiBoy oleh MONSTA.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3. Gunung lang

Bagi yang sukakan kehijauan boleh la ke gunung lang yang terletak tidak jauh dari bandar Ipoh .Gunung lang ni merupakan taman rekreasi yang cantik dan nyaman kerana ia dikelilingi dengan kehijauan tumbuh – tumbuhan dan gunung ganang . kepada pencinta alam boleh la mengunjungi taman rekreasi gunung helang disamping menikmati pemandangan yang indah dapat juga menghirup udara yang segar dan bersih.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4. Taman rekreasi sultan Abdul Aziz/padang polo

Kepada yang  nak beriadah sambil menyihatkan badan, padang polo merupakan tempat pilihan ramai terutama pada waktu pagi, petang  dan hari minggu . setiap hari minggu  terdapat senamrobik beramai-ramai pada pukul 8 pagi hingga 9 pagi yang di bawa oleh instruktur aerobik yang berpengalaman. Bagi kanak – kanak pula terdapat taman permainan yang cantik dan selamat di gunakan.

5. Gerbang malam

Pada yang tak suka tidur awal dan suka window shopping dekat pekan ipoh malam – malam terdapatnya pasar malam yang digelar gerbang malam . kalau di Kuala Lumpur Petaling street menjadi pilihan tetapi di ipoh Gerbang malam jadi pilihan ..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6. Pasar Loken /memory lane

Pada hari Ahad terdapatnya pasar loken di pekan Ipoh  bermula seawal 8 pagi hingga ke tengah hari. Ramai pengunjung yang datang terutamanya peminat barangan antik. Rugi kalau tak datang kesini kalau dah sampai ke Ipoh.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

7. Limau tambun

kepada yang  suka makan limau bali , Ipoh terkenal dengan limau balinya yang sedap dan segar boleh la di jadikan buah tangan untuk dibawa pulang.

 

 

 

 

 

Ini sahaja serba sedikit yang dapat Kak Tim kongsikan kepada semua berkaitan tempat – tempat menarik yang boleh dikunjungi sekiranya datang ke Ipoh.

Kepada rakan – rakan yang bearad di Ipoh ataupun luar dari negeri Perak sekiranya bercuti  ke Ipoh dan   ingin mendapatkan vitamin Shaklee boleh la hubungi Kak Tim insyaallah Kak Tim akan cuba memberi perkhidmatan penghantaran dan khidmat nasihat  yang terbaik.

Jangan teragak – agak ok hubungi Kak Tim  0125197428

Wanita Sihat Keluarga Bahagia :

    , lokasi menarik dibdr ipoh, tempat menarik di ipoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge