kepentingan zat mineral zink untuk mengekalkan tahap kesihatan yang optimum.

By | October 13, 2018

Assalammualaikum semua..

Teringat Kak Tim masa mula – mula jadi pengedar Shaklee pada tahun 2016.

Pelanggan Kak Tim yang pertama hubungi kak Tim bertanyakan tentang vitamin zinc

Complex.

Semasa Kak Tim join bisnes Shaklee masa ni Zinc Complex tiada lagi di pasaran.

Masa ni Shaklee telah memberhentikan pengeluran Zinc Complex atas tujuan untuk

penambah baikan mutu Zinc Complex.

 

Alhamdulillah oktober 2018.. Zinc Complex telah kembali berada dipasaran.

ini merupkan berita baik bagi pengamal tegar vitamin Zinc Complex .

 

Disini Kak Tim nak ceritakan serba sedikit tentang apa itu Zinc dan bagaimana Zinc

membantu dalam mengekalkan tahap kesihatan kita .

 

Apa Itu zink/zinc

  • Zink atau zinc adalah sejenis mineral yang dirumus daripada zink gluconat yang bergabung dengan nutrien lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zink yang mudah untuk diserap oleh tubuh kita.
  • Ia sesuai untuk pengambilan jangka panjang dan berkesan untuk mengeluarkan logam toksik yang berat seperti kadmium dan plumbum dari tubuh kita.
  • Zink bertindak meransang tindakan enzim dan menggalakkan reaksi biokimia di dalam tubuh manusia.
  • Zink juga berperanan membantu proses metabolisma lemak, protein dan karbohidrat.
  • Setiap daripada kita memerlukan zink untuk mengekalkan kesihatan tubuh di mana ia boleh diperolehi daripada sumber pemakanan seharian atau melalui pengambilan tablet zink.

Apakah manfaat Zinc

  • Mengatasi masalah kulit yang berjerawat
  • Mengekalkan deria bau dan rasa supaya sentiasa sihat dan sensitif terhadap ransangan
  • Menambah kesihatan dan kemampuan seksual lelaki
  • Memperbaiki masalah rambut
  • Membentuk kolagen untuk pertumbuhan kulit, kuku dan organ.
  • Mempertingkatkan sistem imun melalui pengeluaran kelenjar thymus yang mampu menghalang jangkitan penyakit
  • Menyegerakan penyembuhan luka
  • Mengatasi kelesuan kronik Jadi

Risiko kekurangan Zinc pada tubuh.

  •  Kurang daya pertahanan badan
  •  Proses penyembuhan luka menjadi lambat
  •  Masalah kesuburan bagi lelaki
  • Osteoprosis
  • Gangguan pencernaan
  • Gangguan perkembangan janin
  • Gangguan deria rasa dan bau
  •  Gangguan penglihatan

keperluan zat zink

mengikut peringkat umur

  • Bayi memerlukan 4 – 5 mg sehari
  • kanak – kanak berusia  1 – 3 tahun memerlukan 3 mg sehari
  • kanak – kanak berusia  4 – 8 tahun memerlukan 4 – 5 mg sehari
  • Wanita memerlukan  8 – 10 mg sehari
  • wanita hamil memerlukan 10 – 15 mg sehari
  • lelaki memerlukan lebih banyak  zinc  15 – 20 mg sehari

Makanan tinggi kandungan Zink

Image result for makanan tinggi kandungan zinc

 

kadang – kadang agak sukar untuk kita memenuhi keperluan Zink pada tubuh kita melalui pemakanan. Jadi cara paling mudah untuk mendapatkan zat mineral zink adalah dengan mengamalkan pengambilan Vitamin Shaklee Zinc Complex.

Image result for zinc complex shaklee 2018

Info tambahan

Zinc disarankan diambil sebelum makan.

  • Kebanyakan makanan yang mengandungi fiber (serat) seperti kekacang, roti dan nasi mengandungi phytates. Phytates yang terkandung di dalam tablet zink akan mengikat makanan lain yang juga mengandungi phytates.
  • Apabila phytates menjadi aktif, ianya akan menjejaskan bioavailability zink yang mudah “kalah” pada nutrien lain. Jadi, pengambilan zink selepas makan akan mengganggu dan melumpuhkan penyerapan zink ke dalam tubuh kita.
  • Untuk penyerapan dengan kadar yang maksimum, kita disarankan agar mengambil tablet zink atau makanan yang kaya dengan kandungan zink sebelum mengambil apa-apa hidangan terutamanya yang mengandungi phytates.
  • Zink bersifat mineral dan perut kita berasid. Asid akan melarutkan zink dengan lebih cepat semasa perut kosong. Segala mineral yang terkandung dalam zink akan dapat diserap dengan lebih optimum, sekaligus akan memberikan kita segala manfaat zink yang diperlukan tubuh.

Zinc disarankan diambil sebelum makan kerana kehadiran Asid Phytics .

Apakah itu Asid Phytic ?

Asid phytics atau phytic acids adalah sejenis asid yang menyimpan fosforus.

Ia juga dikenali sebagai enzim yang akan membantu tubuh kita untuk memecahkan phytic acid serta

membebaskan mineral dalam keseluruhan bijirin dan kekacang yang kita makan.

 

Asid phytic boleh mengikat mineral dalam usus sebelum ia diserap dan mempengaruhi enzim pencernaan.

Phytates juga mengganggu pencernaan kanji, protein, dan lemak. Oleh kerana itu ia sering dianggap sebagai anti – nutrien kerana ia

mengikat mineral dalam saluran pencernaan, menjadikannya kurang bersedia untuk keperluan badan kita.

Pengambilan phytates yang berlebihan boleh mengganggu penyerapan  kalsium dan boleh merosakkan tulang.

 

Kesimpulannya mineral zinc merupakan salah satu mineral yang amat diperlukan oleh tubuh kita  bagi mengekalkan tahap kesihatan yang optimum.

 

Boleh hubungi Kak Tim untuk dapatkan Zinc Complex anda

Pengedar Sah Shaklee Ipoh ( COD )

Pengedar Sah Shaklee satu Malaysia ( Online Delivering )

Hp 0125197428

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge