Journey to success….bestnya bisnes bersama shaklee

By | October 13, 2017

Assalammualaikum semua..

kali ni kak tim nak kongsi  ” berita gembira ”

September baru ni kak tim dah capai target kak tim nak naik rank dari SID kepada Supervisor dengan mencapai hasil jualan 3000 UV .

Kak tim memang tak sangka Kak Tim boleh naik rank secepat ini..Alhamdulillah berkat kesungguhan serta sokongan  dari  mentor Kak tim berjaya juga naik rank.

Pada Asalnya kak tim tak yakin juga  nak jadi pengedar yang serius dalam bisnes shaklee ni..ye la kan kak tim mana ada pengalaman kan..macam mana nak jual vitamin tapi berkat tunjuk ajar dari mentor alhamdulillah rupanya kak Tim boleh.

Sebagai salah seorang dari Lats family  Kak Tim telah memperolehi banyak inf0 berkaitan produk shaklee   dari “zero knowledge” berkaitan produk sehinggalah kak Tim boleh berkongsi dengan pelanggan Kak Tim tentang kebaikan setiap vitamin Shaklee  dengan yakin.

Perjalanan bisnes Kak Tim…”journey to success”

Bagaimana  Kak Tim bermula dengan bisnes shaklee. Pada  asalnya kak tim merupakan pengguna vitamin shaklee iaitu   ramadhan set yang

mengandui ESP , mealshake  dan performance drink dengan harapan kak Tim dan keluarga akan kekal segar sepanjang ramadhan ,

alhamdulillah memang tak sia – sia kak Tim sekeluarga  ambil ramadhan set kami sekeluarga kekal bertenaga sepanjang ramadhan.

Bermula dengan ramdhan set juga lah kak Tim diserap sebagai new member dengan free registration bermodalkan Rm699 dengan

pembelian 2  ramadhan set . Bestkan Shaklee tak perlu tambah RM79 untuk jadi ahli .

 

Selepas ramadhan set  kak tim cuba pula detox set dengan harapan Kak Tim dapat kurangkan berat badan , dengan detox set alhamdulillah Kak Tim berjaya

kurangkan berat badan Kak Tim sebanyak 5kg . Dari situ Kak Tim mula jatuh cinta dengan vitamin shaklee dan Kak Tim terfikir adalah lebih baik kalau  Kak Tim

dapat kongsikan dengan sedara mara dan rakan – rakan tentang keberkesanan vitamin shaklee.

Bermula dengan niat lebih kepada berkongsi tentang kebaikan vitamin shaklee akhirnya menjadikan bisnes shaklee sebagai sumber pendapatan siapa sangka kan.

Bonus pertama Kak tim tak la banyak tak cecah 3 angka pun masa tu sekadar seronok  – seronok je ..tapi apabila Kak Tim dapat good feedback dari customer -customer, Kak Tim rasa seronok sangat dan rasa lebih bersemangat untuk membantu lebih ramai orang.

Dari situ bermula lah episod Kak Tim  sebagai pengedar shaklee yang tegar.Bukan itu saja dengan bisnes Shaklee Kak Tim kenal lebih ramai orang yang Kak Tim tak pernah kenal sebelum ni yang terdiri dari pelbagai profession dan latar belakang. Rupanya ramai juga yang yakin dengan vitamin shaklee .

Alhamdulilla dah hampir setahun Kak Tim menjadi pengedar shaklee yang aktif dari bonus Kak Tim 2 angka akhirnya Kak Tim berjaya mencecah ke 4 angka.

sebagai suri rumah yang pernah menerima gaji 4 angka sebulan sudah tentunya Kak Tim merasa amat gembira dan berpuas hati akhirnya Kak Tim dapat kembali 4 angka walaupun Kak Tim hanya suri  rumah.

Siapa kata jadi suri rumah tangga tak boleh jana pendapatan kan yang penting ada kehendak dan keyakinan.

Paling penting perbetulkan niat “ikhlas membantu yang memerlukan”

Perbanyakkan doa moga dimurahkan rezeki dan mendapat rezeki yang diberkati.

kalau ada yang berminat nak join Kak Tim sebagai pengedar shaklee jangan  teragak – agak hubungi Kak Tim yer insyaallah Kak Tim takkan kedekut ilmu .Kak Tim akan kongsi apa yang kak Tim tahu. Insyaallah Lats Family juga akan turut memberi tunjuk ajarkerana kami bergerak sebagai satu keluarga yang membantu antara satu sama lain.

 

kepada customer – customer Kak Tim terima kasih atas sokongan semua

kepada sahabat – sahabat dan sedara mara Kak Tim terima kasih atas doa kalian teruskan dokan kejayaan Kak Tim yer .

 

“Jom kembali sihat disamping menjana pendapatan”

” Jom berubah demi masa hadapan”

 

 

 

 

 

 

One thought on “Journey to success….bestnya bisnes bersama shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge