Coenzyme Q10 vitamin untuk kesihatan jantung.

By | December 29, 2017

Apakah Coenzym Q10

CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan boleh didapati dalam semua bahagian tubuh dan bahan yang menyamai vitamin ini merupakan anti oksida dan menjadi komponen penting kepada beberapa aktiviti berkaitan metabolisma tenaga. CoQ10 banyak dijumpai dalam mitokondria, di mana beberapa siri reaksi biokimia mengambil tempat serta pembentukan tenaga yang diperlukan untuk menyokong kehidupan. Namun, ia lebih banyak ditemui dalam organ-organ yang bekerja lebih keras seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas kerana keperluan tenaganya yang lebih tinggi pada sel-sel jenis ini.

CoQ10 hadir secara semulajadi dalam makanan dan juga boleh disintesiskan dalam tubuh badan. kekurangan CoQ10 boleh disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak mencukupi, masalah dalam biosintesi CoQ10, penggunaan yang berlebihan oleh tubuh atau kesemua faktor yang dinyatakan tersebut. Banyak kajian yang telah mengaitkan masalah kesihatan yang dikaitkan dengan kekurangan CoQ10 di mana masalah ini dikaitkan dengan penghasilan tenaga yang rendah atau fungsi otot yang lemah seperti kegagalan jantung, sindrom keletihan kronik dan juga migrain.

Manfaat CoQ10 untuk menyokong kesihatan jantung banyak disokong oleh kajian klinikal dan kajian turut mencadangkan agar CoQ10 digunakan sebagai terapi tambahan kepada penghidap kegagalan jantung kongestif (congestive heart failure). Untuk makluman, di Jepun, CoQ10 diluluskan untuk digunakan dalam rawatan masalah jantung ini. Coq10 telah terbukti dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki perdearan darah ke seluruh badan. CoQ10 juga bertindak sebagai antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangangi masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. Ini adalah penting untuk menyokong fungsi saluran darah termasuk pengaliran darah ke jantung.

Kekurangan CoQ10 yang ketara juga dikesan di kalangan penghidap hipertensi (hypertension). Ujian klinikal telah membuktikan bahawa pengambilan CoQ10 di kalangan penghidap hypertension mampu menstabilkan tekanan darah. Masalah keletihan dan kelemahan otot juga lebih mudah dialami sekiranya kekurangan CoQ10 dalam badan.

 

 Pengurangan CoQ10

Keupayaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2% berbanding CoQ10 daripada jumlah yang terkandung semasa berusia 20 tahun. pelbagai faktor lain seperti diet tidak seimbang, pendedahan harian terhadap radikal bebas dan penggunaan ubat-ubat tertentu seperi statin yang digunakan untuk merendahkan kolesterol boleh mengurangkan tahap CoQ10 dalam tubuh. Oleh itu, pengambilan suplemen boleh membantu mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting dalam tubuh kita.

carta menunjukkan pengurangan penghasilan COQ10 disebabkan faktor usia
 Image result for coqheart shaklee
kesan pengambilan ubat cholesterol yang boleh mengurangkan COQ10

keperluan harian COQ10

Related image

 

 

kenapa  perlukan COQ10

  • Pencegahan dan merawat penyakit jantung
  • Mencegah dari jantung tersumbatRelated image
  • Mengurangkan risiko kegagalan jantung
  • Memberi tenaga kepada otot jantung
  • Mengurangkan risiko serangan jantung berulang
  • Menurunkan tekanan darah pada penderita hipertensi
  • Mencegah sakit akibat migrain
  • Memperlambat kemunduran akibat penyakit parkinson
  • Memperbaiki daya tahan tubuh pada penderita HIV/AIDS
  • Mencegah menurunnya fungsi otot pada penyakit gangguan otot
  • Meningkatkan mobiliti atau pergerakan sperma dan kesuburan
  • Meringankan gejala tinitus atau telinga berdengung
  • Membantu mengurangi berat badan (Obesity )
  • Gangguan Diabetes Militus
  • Pengerasan pembuluh darah (artherosclerosis )

 

Dimana boleh dapat COQ10

Keistimewaan CoQ-Trol

  • Setiap sajian menyediakan 100mg CoQ10 (lebih 3x ganda berbanding dengan CoQ-Heart
  • Mengandungi resveratrol sebagai agen anti keradangan untuk kurangkan keradangan
  • Mengandungi tokoferol sebagai antioksidan
  • Memiliki sistem penyerapan berpaten dengan minyak zaitun untuk penyerapan lebih baik
  • Bebas gluten

Siapa perlukan CoQ-Trol

CoQ-Trol sesuai untuk:

  • Mereka yang inginkan jantung yang sihat atau pengguna ubat statin
  • Mereka yang ingin meningkatkan kesuburan
  • Mereka yang amalkan gaya hidup aktif
  • Mereka yang nak kulit sihat dan berseri.
  • Mereka yang ingin mengekalkan ketajaman minda.

“SAYANGI JANTUNG ANDA”

HUBUNGI KAK TIM UNTUK DAPATKAN CoQ – Trol  ANDA

PENGEDAR SAH SHAKLEE IPOH PERAK

ID 1229987

hp 0125197428

One thought on “Coenzyme Q10 vitamin untuk kesihatan jantung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge